CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 8, 2009

NOSTALGIA MAAHAD..

بسم الله الرحمن الرحيم

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM....

Sedar xsedar,sudah hampir 2tahun ana meninggalkan bumi hijau..Maktab Mahmud(Maahad Mahmud). Bumi penuh barakah n kenangan.Bumi yg mendidik supaya menjadi insan yg mulia,insan yg faham agama...sekarang ni Maahad dah ada 11cawangan..berbanding zaman ana dulu hanya 2cwgn..yan n lgkwi..induk di Alor Star le. Ana adalah salah seorg penghuni 2Maahad iaitu MMCY n MMAS. Byk kengn sepnjg 3thun di MMCY n 2thn stgh di MMAS.

Ms sek.rendh xprnh dgr pun mktb mhmd pun...may be katak bwh gelas kot.he3..ms 2,ada sorg kwn,abg dia duk maahad,dia ckp best..so,kiranya jd pak turut je..org msk,kita msk..xtaule pulak sek.agma..ms 2 result UPSR pun teruk,dpt 4A 1C je..bila ari ana ikut ayh ana antq borg..tgk2 jln nk msk sek.dalam...mcm nk msk hutan. 'biaq betoi nak belajar dlm hutan"...tapi bila smpai je 1tmpt(MMCY) rs mcm ada trikan...pendek kata,lps tmdga n then brjy,belajaq la kat c2..

Ms form1,knai kwn2,kak2 senior n palg best ust.,ustzh..rpt ukhwah km..ust.ustzh pggil abi n umi je..main bola jrg,batu selmbt n byk lg..kiranya cam keluargale...bila naik form2,cibuk ckit..org lntk jd BDK,Pngws n SPBT..xtaule..mcm2..he2..tp ms form2 ni mls belajaq ckit..asyk pontg kelas.. alhmdulillh ms ni mmg rs sgt ukhwah shbt,expecially shbt2 BDK(beton,nuri,eida,liza,kin n rmai lg)..penat wat prorm skli,kene maki hamun skli..yg plg kelakar pnt sgt wat prorm..kul 2pg xmkn lg,ltih sgt smpai tgh mkn bolh trtdur..mmg bestle.. form3,haha..kami senior coz kat mmy 2 plg tua f3..tp lain jdinya,itu thn 1st ada f4 dibuka di mmy...thn ni,rjin ckitle..thun nk exam.Tambah2 ada Sir Azman(kiranya motivter mmy le)sokmo bg smgt..mcm2 suka duka spnjg f3 ni..bila dpt result PMR,alhmdullilah..allah tolg. spnjg hidup ni,allah xuji ana dengn keputusan exam sgt,blh kira smua ok jg ler..


Tibale saat nk tinggalkan MMCY coz nk ambk kelas sc kat MMAS. sedih xterkata..trpksa brpisah ngn ust.,ustzh n kwn2..tapi setiap pertemuan mesti ada perpisahan..lumrah alam. sebenarnya hati ni berat nak tinggalkan suasana nyaman di kaki gunung jerai..yg dulunya tiap2 kali progrm kmi warga MMCY akan pergi beriadah di sana..jungle trakking,mandi n byk lg. tambhn pula kami selalu diceritakan tentg keburukan MMAS. tentg sosialnya,pncemaranya n byk yg buruk2 olh senior2 yg lpas..so,hati ni meronta-ronta xnk pergi.. tapi disebabkan minat nak dalami sains n nak jd DR.gagahkan diri jg..
Pada awal tahun berikutnya,ana mula mndaftarkan diri di MMAS.Pada hari pendftaran,mak n ayah xantr coz diaorg berada di Mekah pada ketika itu.mak saudara,tok wan n tok yg p antr..selepas dah tahu kelas,pargi ke asrama pulak untuk daftar masuk asrama..slpas semuanya selesai,makngah,wan n tok pun balikler..
manale tahu kat asrama MMAS,penghuninya bukan saja manusia tapi family2 nyamuk pun banyak rupanya.apa lagi malam 1st duk asrama 2 xleh tidoqle..ngan kelambu pun xbw..pas2,sok start minggu orentasi..semggu le jgk.. nak dipendekkan cete,adale 2bulan pertama duk asrama..lepas2 lari duk umah sewa..
bersambung...

Saturday, February 7, 2009

Dgn lfz BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...ingin ana kongsikan tntg 2org insan yg amat ana syangi..
mak dan ayah...

ayah..seorg yg agk penyabar n xmudah marah..sepanjang ana hidup 2otahun ni xpernah dengr suaranya tinggi cuma sekali jer,ayah marahkan adik coz main bola smpai xingt solat jumaat tapi ms dia kecil2 lg..i2pun marah smbil air matanya menitis..may be ayh anak ke-2 kot. Mak kandung ayah dah menggal ms dia kecil lg..dia ada adik n abg tapi semua dah meninggal..kiranya tinggal sorg dirile..bila tok wan ana khwn bru,ayah tinggal ngn fmily barule...so,dia tetap di panggil pak long dalam fmly 2...may be sebab 2 dia seorg yang lembut hati..tapi seorg yg amat cerewek tntg kbersihan...rumah berselerak,dia akan kemas,naik malu ana kalau ayah yg kemaskan rumah,may be jg kerana disiplin dalam tentera latih dia macam 2..yang paling istimewa dia seorg yg pandai control keadaan..contra ngan mak...

mak....sorg yg kuat berleter n agak garang...memang Allah tentu jodoh i2 yg terbaik...mmg contra le mak n ayh..walaupun kuat berleter,tapi semua utk kebaikkan...bisg coz mls solat,mals p sek. n so on..kalu ayh sorg yg pndai control keadaan,mak ana ni seorg yg mudah panik n gelabah...he3...mmg lainle..

masa ana kecil2...mak yg susah payah besarkan kami adik beradik coz ayah selalu xder..tentera katakan..kejap2 p somalia.bosnia,sabah serawak n byk lg..bknnye 2,3 hari tapi 2,3 tahun...byknya duk ngn mak le masa kecil...may be letih badan,emosi kerana kami 3beradik,bila dah tua ni kena darah tinggi...cian mak...

nak cete kasih syg mak n ayah ni xterhingga n xdapat nak dibalas...
ana ni seorg yg agak lemahle..antara adik beradik,ana yg selalu sakit...yg ajaibnya tiap2 kali ari birthday mesti masuk hospital...demamle,sakitle...yg paling terbaru,birthday tahun lepas...kena operation coz apendik...semggu derita sakit tapi xcete pun kat mak ayah ,takut diaorg risau..tapi dah semggu pontg kelas,terpaksa gtau jg...lps cete,terus diaorg datang ke kelantan.masa 2 ana belajar kat kelantan..umah kat kedah..perjalanan selalunya 5jam,xtahule ayah pecut laju mana, 3jam je dah sampai..he3...ayah..ayah..

sok ari 2,ayh mak bw ana p hospital swasta kat KB,pergi check lg sekali...sblum ni pernah ana p check sendiri di hospital,3kali tapi semua dr.ckp gastrik...lps2 check,dapat detect kena apendik,dah pecah pun...hrpn pun 50%je coz dah semggu pecah..apa lagi,mak ana hampir pengsan le...darah naik mendadk..tapi yg kelakarnya..ayah relex je.."xper2,cikit je..xder apa2"...ayah just ckp cm2 jer tapi muka pucat lesu...itulah ayah ana...sepanjang duk hospital n rumah ayh n makle susah payah..sampai sekarg,dah tua2 pun masih kena dukung kalau sakit..he3..best jg kadang2..alhamdullah,Allah masih izin untuk ana hidup untuk berbakti pada mreka..

masa form1-3, ana belajar kat maktab mahmud yan,ada sir azman,ada shbt2 yg bersemagt,ngn mak ayh bagi dorongan n galakan n paling penting bumi maahad yan 2,memg mengamit kenangn yg terindahle..3 tahun duk sana,tahun yg terakhir 2 ler tahun yg tension..coz ada PMR...alhmdulillh..ana berjaya dapat result yg terbaik tapi xstudy sgt pun..main2je..masa p ambik result,ayah ngan mak sedg wat hj.kat mekah...so,ana ambik result PMR sendirile...bila diaorg tahu ana dapat result 8A,ayah tawaf 8 kali(8x7=56 pusingan)..terhalu rasa bila dapat tau ayah n mak bernazar sampai cam2..

ituler serba sedikit cete tntg pengorbanan n kasih syg mereka yg xterhingga...
insyallah akak akan belajar sungguh bals jasa mak n ayah...syg mak n ayah....

Thursday, January 22, 2009

ibu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekepingkertas yang bertulis sesuatu. Si ibusegera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah
membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Monday, January 19, 2009

KENAPA AKU DIUJI???

Kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji.
Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara.
Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...

Kenapa saya DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa saya TAK DAPAT APA yang saya IDAM-IDAMKAN? "
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 rasa FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS saya MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG saya DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA saya BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya saya bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 saya

DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Thursday, January 15, 2009

Di hujung fajar


semalam umurku genaplah 20tahun..

ramai sahabat2 mengucapkan selamat hari lahir..

wajah mereka penuh dengan keceriaan dan kegembiraan..

tapi jauh di sudut hatiku..

terasa amat sedih dan pilu..

bukan kerana ucapan itu.....
tapi mengenangkan selama 20tahun aku hidup..

apa sumbangan aku untuk islam???

apa amalan yang aku buat sepanjang 20tahun itu???

apa sumbanganku untuk ibu dan ayahku???

bagaimanakah hubunganku dengan kekasihku Yang Maha Kuasa???

Ya Allah,terasa kerdilnya diri ini..


Tuesday, January 6, 2009




engkau ingin berjuang
tapi tidak mahu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan


engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pimpinan
engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan
engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu terima ujian


engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang
janji engkau kurang tunaikan
engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau sering cuaikan
engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan
engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
engkau ingin berjuang
pandangan engkau tidak diselaraskan
engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang
iman dan takwa engkau lupakan







" untuk kita sentiasa 'muda' ".


1. Melambatkan minum air setelah makan.....

- minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja).

- minum setelah setengah jam selepas makan.


2. Rajin-rajin baca Al-quran.....

- niat ikhlas kerana Allah .....bukan kerana nak muda semata-mata.


3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.


4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam.....

- sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.


5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah.....

- kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya ..... mulakannya dengan 'nawaitu'..... amalkan sekerap termampu..... Insya Allah mujarab


Ustaz Ismail Kamus