CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 22, 2009

ibu....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekepingkertas yang bertulis sesuatu. Si ibusegera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah
membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah
membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Monday, January 19, 2009

KENAPA AKU DIUJI???

Kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji.
Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara.
Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA..agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita...

Kenapa saya DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa saya TAK DAPAT APA yang saya IDAM-IDAMKAN? "
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 rasa FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS saya MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG saya DAPAT daripada SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA saya BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya saya bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129 saya

DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Thursday, January 15, 2009

Di hujung fajar


semalam umurku genaplah 20tahun..

ramai sahabat2 mengucapkan selamat hari lahir..

wajah mereka penuh dengan keceriaan dan kegembiraan..

tapi jauh di sudut hatiku..

terasa amat sedih dan pilu..

bukan kerana ucapan itu.....
tapi mengenangkan selama 20tahun aku hidup..

apa sumbangan aku untuk islam???

apa amalan yang aku buat sepanjang 20tahun itu???

apa sumbanganku untuk ibu dan ayahku???

bagaimanakah hubunganku dengan kekasihku Yang Maha Kuasa???

Ya Allah,terasa kerdilnya diri ini..


Tuesday, January 6, 2009




engkau ingin berjuang
tapi tidak mahu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan


engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pimpinan
engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan
engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu terima ujian


engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang
janji engkau kurang tunaikan
engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau sering cuaikan
engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan
engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
engkau ingin berjuang
pandangan engkau tidak diselaraskan
engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang
iman dan takwa engkau lupakan







" untuk kita sentiasa 'muda' ".


1. Melambatkan minum air setelah makan.....

- minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja).

- minum setelah setengah jam selepas makan.


2. Rajin-rajin baca Al-quran.....

- niat ikhlas kerana Allah .....bukan kerana nak muda semata-mata.


3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.


4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam.....

- sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.


5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah.....

- kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya ..... mulakannya dengan 'nawaitu'..... amalkan sekerap termampu..... Insya Allah mujarab


Ustaz Ismail Kamus

Monday, January 5, 2009

INDAHNYA SEORANG MUSLIMAH



Assalamualaikum wrm wbt

Diharap agar dapatlah kita sebar-sebarkan risalah ini kepada rakan-rakan muslimah atau adik-adik perempuan kita..insyaAllah punya manfaatnya….

Peringatan Buat Saudariku...... Saudariku.....Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ......umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ... Namun ingatlah saudariku....sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang Penting gadisku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Saudariku.....Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"....

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam... Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai diantara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai.Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik ,yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah.. Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri.